Sunday, 1 September 2013

MERDEKA!!!!!

Asalamualaikum dan hye semua,

              Straight to the point la, selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 56 kepada seluruh warnganegara Malaysia. Semoga negara kita terus aman dan sejahtera. Proud to be Malaysia. Apaapapun, alhamdulillah sebab negara kita aman dan jangan dilupakan umat islam yang disana. Berdoalah untuk mereka yang disana semoga Allah sentiasa melindungi mereka. aamiin. *selalu fail dekat intro nieh, hahahaha..konon ayat nk BM sangat la mcm jawab paper bm time spm dlu. Berangan jee syikin nieh owh. 

             Entry kali ini nk fokuskan aktiviti aku dan kawan2 pada hari kemerdekaan iaitu 31 ogos 2013.  Setelah genap sebulan merancang, akhirnya planning untuk hiking ke bukit broga menjadi kenyataan. Almaklum la, kalau plan dengan aku nieh, mmg cemni. Mula2 plan mmg excited. Tapi nk merancang dengan lebih detail, sorry itu waa xreti.Ok, dah nampak. Aku nieh seorang bad planner weyh. Tapi kalau nk minx pendapat. Aku ok jee. So, sebaiknya anda la yang plan, then waa follow jeee keyh.

             Macam-macam masalahlah yang aku hadapi. Seolah-olah mcm xkasi aku nk pergi mendaki jeee. First problem is, air xdew seluruh area selangor dan kl. Tapi yang peliknya, member aku yang lagi 3 nieh ada jee air.Padahal diorg termasuk sekali dlm kawasan Selangor. Yewla, bila air xdew. Ini masalah besar bagi aku. Bayangkanlah, xkn xmandi kowt. Dah lah nk mendaki, lpas habis hiking konfem2 lah berpeluh. Campur plak dengan aku xmandi. hahahhaa.. Faham2 jeee la cemana bau nya nnti. Silap2, pokok pun boleh layu. hahahaha. *itu menipu. Second problem ialah jalan jem. Balik2 jee abang. Diorang cakap jalan jem. Bising owh, cakap jalan sesak orang nk sambut merdeka. Bayangkan lah wahai pembaca2 blog ku nieh, kalau dah tersekat sebb jalan jem pukul berapa nk sampai kn???.

             Selepas habis berbincang dan berdebat semua uh. Malam merdeka uh semua konfem nk teruskan plan nk g bukit broga. Padahal waktu berdebat uh, aku hampir mengcancelkan perancangan nieh. Tapi, satu jee yang bermain dlm akal fikiran ku nieh. Aku yang ajak diorg pergi hiking. Lepas uh aku plak yang nk cancel. Sebab aku fikir kawan2 aku. Dalam hati nieh xsampai hati nk cakap xjadi. Masalah datang, tapi bila korang semua muncul. Xpela, aku ketepikan semua masalah sebb korang. Sayang korang sesangat weyh.

              Tepat jam 7 : 26 pagi. Handphone ku berbunyi-bunyi.. hahaha. Weyh, siyesly nasib aku terjaga. Lau x memang terlajak la aku tidur. Sedap kowt tidur lepas dah telan ubat yang ada effect mengantuk nieh. Genap2 call yang k5 aku angkat dan terdengar suara orang cakap. Syikin, bangun syikin. hahaha. Padahal, plan nk g kul 7 stgh. Tapi, 7 stgh tuh la aku baru nk bangun. Bersiap- siap nk kutip diorang kat rumah. Nasib baik, air dah ada. Ok, aku mandi dlu keyh sebelum pergi. Akhirnya, masalah air aku selesai. Alhamdulillah. Dah ready2 nk gerak tetiba mak cakap. Syikin, nk kemna?? hehehehe. Tanpa rasa bersalah, aku cakap. nk g jogging nieh mak dengan kekawan. Jogging dekat2 jee. Tapi yang sure, aku dah cakap ngn along, abang n akak, sok orang nk daki bukit broga. Diorang xckp apew2, just ckp. Jauh nya ko nk g berjogging. Aku merahsiakan perkara nieh dari mak bukan sebb apa. Takut mak xkasi jee. Dah la susah nk pujuk mak nieh. Kalau dengan ayah, ayah onn jee. Sebab ayah suka bila anak dia jadi berani. Tapi niat dihati mmg akan call mak nnti bila dah smpai sana. Nak cakap kat mak yang orang dah dew dekat bukit broga. heheehe..

            Perjalanan kesana pun bermulalah.............. Happy punya happy.. Sedar x sedar kitaorg dah terlajak smpai ke rembau beb. Rembau most wanted yoo. Padahal waktu drive uh, siyesly. Aku rse aku xterlepas pandang signboard exit kajang. Tapi masalahnya, aku xnampak pun signboard kajang uh. Sepatutnya lepas lalu bangi. Aku akan jmpe signboard kajang. Tapi itu lah, memang aku xjmpe. Smbil drive, sambil terfikir-fikir, asal xnampak kajang ek tadi. Satu jee jawapan hati nieh, itulah syikin. Tadi xnk terus terang dengan mak. Kan dah terlajak. Ok, bersalah gila. Sorry mum. Dapat balasan gak time uh. Apalagi, sebelum terlajak jauh2 agy, baik masuk tol rembau. Then, uturn kat sana gak. hehehee.. Nie la ayat diorg bila nampak aku tension sebb terlajak. *rilex la syikin, bila lagi nak sesat kn*. hahaha. sabar jee laa...

        Cerita aku xsmpai sini jee. Lepas uh perut aku nieh meragam plak. Sakit perut, i need toilet, toilet and toilet. Naseb la diorg dengar aku merengek- rengek dalam kereta sbb nk cari toilet. Macam budak2 seyh aku nieh.hahahaa. Lepas nampak signbord semenyih. Lega sikit hati nieh bila dah jmpe. Actually, masuk tol seremban then baru jmpe semnyih. Call akak yang rumah dia area2 broga nieh tuk dapatkan direction yang betul tuk kesana. Dia ckp lalu highway lekas. then nnti akan nmpak signboard Broga. lalu universiti Nottingham. Tapi betul la, agak jauh la broga uh. Jalan kesana pun lengang jee. Tak banyak kereta. Finally kitaorg smpai jugak ke sana.
sini la tempat parking kereta, dekat bawah kelapa sawit.

   Actually, nk ke bukit broga nieh. Xmahal pun bajet dia. Just bayar parking kereta RM2. Then, korang boleh naik la berapa lama korang nk daki. Murah jee asal korang xsesat la kengkawan. Smpai jee dekat bukit broga dalam pukul 11 something sebb sesat punya pasal. Tapi, xpew.semngat nk berbroga still ada. Malangnya, orang semua dah turun, kami yang tghri nieh baru nk naik. Dekat tempat parking nieh nmpk la orang tangkap gambar. Gayanya mcm dah daki gunung everest jee. hahaha. Padahal kiteorg pun sama jee mcm diorg. Rugi la rasa lau xtgkp gmbr. Sebenarnya waktu kitaorg nk hiking uh, kami berempat jee. Yang lain semua dah turun. Adalah seorang pakcik nieh mcm nk bakar2 kami. Konon ckp nape naik tghri. Konon ckp panas, kejap lgi mesti kitaorg trun. Konon ckp kol 12 stgh nnti mesti kitaorg patah balik sbb tghri. Selalunya orang daki broga nieh sbb nk tgk matahri muncul ataupun terbenam. Yang kitaorg nieh mmg matahri dah terpacak baru terkial-kial nak naik. Apa ada hal kn. Jnji smpai.hahahaha *gelak jahat

          Daki punya daki, adalah ternampak beberapa orang yang baru nk turun. huhuhuhu. tapi kami xkesah. Semngat nk sampai ke puncak membuak-buak dalam diri nieh. hahahaa. Sejujurnya lah aku cakap. woit, xlarat weyh nk daki bukit nieh. Walaupun xtinggi sgt. Walaupun ada orang uh cakap halus jee. Walauapaapa pun la, bagi aku yang xpernh daki bukit yang mcm nieh kecuali waktu time sekolah dlu panjat2 hutan uh. Seriously, mmg xlarat. sekejap sekejap nk berhenti. Tap itu la, angan2 kau tetap besar syikin. Nak naik gunung kinabalu konon. Nie pun dah semput. hahaahaha.Tapi walaupun bnyk berhenti. Akhirnya smpai gak ke puncaknya. Dalam masa 5 bulan. Nie la peluh aku beria-ia keluar sebab jogging. Kalau x, peluh keluar sebb kemas rumah jee. Yes, i know. Broga nieh xtinggi sgt mcm gunung jerai or gunung ledang. Sebab dalam masa satu jam dah boleh smpai puncak kalau xdew rehat2. hehehehe.. Sorry la, saya nieh jarang daki2 so broga nieh pun dah rse mcm awesome. hahahaha. 





         Gambar tuk korang cuci mata sebab asyik baca aku membebel jee. Nanti korang yang bosan. huhuhu. Actually, gmbr diorg yang banyak sebab aku suka tangkap gmbr mereka.  Hanya kami berempat sahaja yang mendaki tengahri uh dengan xdew lakinya. Tapi, entahlah diorang nieh mcm xdew perasaan takut jeee.Finally, kami dipuncak 







      Selepas sampai puncak, ini la yang terjadi. sempat berborak-borak jap sempat menjerit sekuat hati kejap sempat makan2 angin kejap. Actually, ada puncak lagi atas. Tapi, serious curam gila. Bila pandang bawah, boleh gugur jantung kowt. Disebabkan kami berempat sahaja yang ada diatas bukit nieh tanpa ada orang yg guide. So, amek langkah berjage2 xnk naik atas uh. Masalahnya nak naik ok jee. Banyangkanlah bila mau turun. Dah la kiteorang semua xberpengalaman mendaki nieh. Bahaya2. Seronok2 naik atas. Kang tersangkut bila nk turun. 

 lia

 nisa

 asyikin

mais
Akhirnya berjaya smpai punca. Inilah cara kami menyambut hari kemerdekaan. Nak tgk bunga api xdpt. Ajak diorg hiking la. Uji kemampuan diri sendri. Cuci otak sebelum kami semua masuk belajar balik. Thnx kawan-kawan. Sorry kalau agak over bercerita pasal daki bukit broga nieh sbb mmg kitaorg xpernh pun daki bukit cenggini. Akhirnya, sesat kami membuahkan hasil. Readers2 blog ku nieh, wlaupun xtinggi mana. tapi bila sampai puncak itu satu kepuasan, thnx sudi baca entry nieh <3

terima kasih.